Saturday, August 30, 2014

7bulan berlalu...

Assalamualaikum warahmatullah...........


14/1/14 (selasa)
Saat yang tidak mampu aku lupakan.. -      Waktu ini aku berada di hospital, sedang menunggu untuk bersalin.Tetapi konstraksi tidak ada disebabkan jantung bayi dalam rahimku sudah tidak berdenyut lagi.bersamaan maulud nabi s.a.w pd hari tersebut maka hospital telah bercuti.Kebanyakan doktor pun bercuti.Doktor menangguhkan supaya pagi esok baru aku boleh bersalin. Aku tika itu masih belum rasa sakit,cuma perut trasa kejang dan kadang2 memulas sedikit.Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata,suami menunggu disebelah. kasihan dia, penat...tertidur dibahu katil. 

Merenung kembali, Apa yang kita fikir adalah doa, apa yg kita cakap adalah doa dan apa yg kita buat adalah doa. Jadi senantiasalah ingat.Allah maha mendengar. Ego mana pun kita, kita tetap makhluk ciptaan Allah taala. Aku dambakannya tetapi Allah lebih mendamkan dia.. Anakku bersemadilah mu disana.. Ibu sangat menyayangimu sayang....kesilapan diri mungkin... semoga allah mengampuni dosaku.....

15/1/14 rabu
 Aku bersalin selepas dua kali induce.. saat kali pertama induce,aku masih tak mampu berasa apa-apa kontraksi.sedikit memulas. dan kerap membuang air kecil /besar..perut makin memulas masih mampu bertahan.. masuk kali kedua induce alhamdulillah, setengah jam kemudian kontraksi bertambah kuat..perut memulas seperti mahu keluar sesuatu, peluh membasahi tubuhku dan saat itu ketuban ku telah pecah.Suami ku disisi terkejut,panik melihat situasi itu. Jururawat berkejar datang saat aku tekan loceng kecemasan pesakit. Jururawat datang melihat keadaan ku, dia menjangka maghrib nanti aku bersalin.Tapi aku rasa tika tu memang nak keluar dah dan memang betul 15minit kemudian bayiku keluar sdikit,berkejaran nurse menolak katilku ke labour room ,sampai di labour room belum sempat naik katil bersalin aku dah bersalin.5minit kemudian suami ku masuk,masa tu dia ingat aku tak bersalin lagi, hihi... Alhamdulillah wainnalillahiwainnailahirojiun....   Suasana kembali sunyi sepi dan aku hanya mampu memandang nurseA membersihkan sisa darah dan siapkan jenazah anakku.. sendu aku tahan,sebak terasa...Amanmu disana anakku..A

30/8/14
Pengalaman yang aku dapat pada tahun 2014 memang bisa ku kenang.Sekarang 7bulan lebih sudah berlalu.
Alhamdulillah,sekalipun belum lagi ada tanda2 mengandung tapi aku bisa bersyukur kerana aku sudah pernah mengandung dan bersalin. Anak sulungku lelaki, sudah kami beri nama muhammad Adam..:) ibu sangat2 cintakanmu sayang....