Wednesday, December 4, 2013

"pengantin baru"

Selamat pengantin baru buat sahabatku tercinta Nuur diyanah Mohd a'arif & pasangan Hayyi
Barakallahulakuma wabaro ka alaikuma fil khoir










Wednesday, November 13, 2013

8 minggu sudah...

salam....

Alhamdulillah kupanjatkan syukur pd ilahi.. hari ni 13/11/13 aku gi cek utk tgok keadaan baby,
Alhamdulillah,degupan jantung baby sudah kelihatan...baby semakin membesar tapi masih belum membentuk lg kaki dan tangan..sbb baru 8mggu..
ya,ibu mana xhepi kn bila melihat keadaan bayinye semakin sihat..
semoga allah sentiasa melindunginya...

penat, letih,lesu,mual,pening semua ku rasa,tapi bila memikirkan baby dalam kandungan ini
segala kesakitan itu dirasakan hilang...

ya allah, 
alhmadulillah....
moga sentiasa dlm jagaanmu ya allah...
Ameen...

xmalu...seksinye awak...hihi

Saturday, October 26, 2013

Manisnye Cinta :)

salam....

Lama sesangat dah tak update. Akibat kesibukan masa dan xsempat nak melayan blog ni... Tugas-tugas diluar lebih memerlukanku berbanding mengadap blog ini.. Tapi pape pun aku tetap nak update selagi mampu..tak mau dah terkubur layu...huhuhu...


Mengimbau kembali saat Akad Nikah ku tanggal 8/6/13 bersamaan 29rejab 1434h,, dan hari ini sudah 4bulan masa berlalu... Sangat pantas, dan alhamdulillah pada saat ini aku telah disahkan hamil 5minggu bersamaan sebulan lebih kurg la...:D  Masih belum percaya yg kini sudah berbadan dua.. Belum lagi mengalami alahan (morning sickness) myb xde kot.. Sekadar pening kepala, rasa mual dan mudah penat je..
yang lain macam biasa cuma selera kurang sikit.. Dulu masa remaja ku memng sgt2 berselera..kui2..

oh yeah!  selama 4bulan ni,macam-macam yang aku belajar... ya betul, bukan mudah untuk menjadi seorang isteri yang taat dan bukan jugak payah... Semuanya terletak pada diri kita.pada minda kita.Apa yang kita fikir, itulah tindakan kita ,itulah hasilnya.. Semoga Allah bagi kebaikan dalam setiap apa yang aku fikir... 

simple je...







sekadar semuanya berjalan lancar dan meriah




memori cinta bersemi......




ya, sebelum majlis berlangsung persediaan tu memang ada tapi agak pening sikit,,macam kelam kabut pun ada..Kerana kekurangan rehat, dan sebagainya....tapi alhamdulillah segalanya sudah ketentuan allah,itulah yg trbaik untuk aku dan suami..:)  tapi kami tetap happy.....


Memiliki seorang suami menjadikan kehidupan sudah lengkap tetapi memiliki zuriat mnjadikan hidup lebih sempurna.. Tapi ini semua ujian, Allah bagi suami,anak,harta dan macam-macam lagi ujian..Sekalipun dirasakan nikmat,tetapi sebenarnya ujian..Untuk kita sentiasa bersyukur dan tidak leka.. Rezeki semuanya datang dari allah.Allah yang memberi segalanya.Tanpa Allah,siapa lah kita..Hanya hamba,insan(makhluk) yg lemah.... Apa yang trjadi saat ini segalanya adalah ketentuan allah,saat aku menaip sekalipun.

Bagaimana kita menjadi lupa dan lalai jika allah limpahkan rezekinya...ya Allah, Andai diri ini lemah, bantulah daku dalam setiap amalku.... jangan iman ini makin tipis senipis kulit bawang malah tambahkan ia dengan kemanisan iman yg ku idamkan agar lazatnya amal bersama redhamu...

terima kasih ya allah kurniakanku Suami yg baik, beragama dan sudi bersamaku..Moga kebahagiaan ini utk selamanya bukan hanya pada awal saje..:) hanya pdmu ku memohon..

p/s: peliharalah kandunganku ini,....amin

Thursday, September 12, 2013

cerita kawin.....

bismillah..................


Tajuk kat atas memang poyo okeh, so assalamualaikum semua...:D happy x hari ni my blog?

ok.. dh lama xupdate so baru terasa nak update. Hidupku dh berubah. dulu single skang married. Oh hoo... Apa yg berubah lagi? hmmm. dulu aku bangun lambat skang pukul5 pagi dah kena kejut bangun.. adushh.. korang nak tau.huuu. Dulu masa kat sekolah menengah, ada sorang guru aku pesan, kalau nak buat baik,buatlh ketika masih bujang,sebab kita belum ada komitmen.suami xde ,anak xde so mudah la nk jalankn ibadat,amal kebaikan,tapi kan aku fikir berbeza sudah... Selepas kawin, perancangan hidup semakin jelas ,amal kebaikan semakin mudah.. Dulu aku selalu jugak bangun lewat, jarang-jarang bangun awal utk tahajjud. But Now, berbeza.. Alhamdulillah, inilah yg perlu kita doa selepas setiap kali lepas solat. Ya allah,kurniakanlah aku pembimbing dalam agama,amal kebaikan agar mudah untuk aku menuju kepadamu ya allah.kalau salah sila tegur... mcm tu la lbih kurg.so bila dpt,maka haruslah bersyukur bukan komen mulut xreti duk diam.ahakkk...

Okeh, bersyukur satu perkara yg mudah disebut jarang-jarang dibuat,Sebab apa bila kita mula mengkritik or merengus atas sebab terjadi sesuatu itu tandanye kita xbersyukur. Dan aku adalah orgnye.. susah nak bersyukur asyik bersungut je itu ini...eheee...break jp.. nk ngjar.. nanti smbg lg. bye-bye.

Tuesday, June 11, 2013

Sebuah perkahwinan.......(^^)

bismillah....


salam..
Hidup makin bersinar, menampakkan dunia ini mengandungi warna-warni ceria kehidupan,masih wujud.Dulu tidak kelihatan,tapi kini sudah menampakkan indahnya sinaran itu....:)

Lahirnya seorang bayi ke dunia melalui seorang ibu, dan ia terhasil melalui penyatuan seorang lelaki dan wanita.sepasang suami isteri melalui ikatan suci lagi halal ,(sebagai ibubapa).. Inilah kehidupan, wujudnya,terciptanya makhluk untuk menyinari kehidupan di dunia ini......

Status ku bertukar dari cik ke puan. Bagaimana rasa??? ramai yang bertanya. Apa jawapan yg perlu ku beri?? :) ya, sebuah perkahwinan cukup indah dan very sweet jika permulaanya terjaga dan terbina melalui risikan,pertunangan dan restu dari ibubapa dan seluruh ahli keluarga. dan yang utama( Agama) jika ada ini (agama) segala kekurangan akan trpadam.sikit demi sedikit. Dulu, sebelum bergelar isteri macam-macam kita cuba buat, lulur badan,facial muka, makan vitamin itu ini,jamu itu ini.. semata-mata nak puaskan diri di pandangan ajnabi(suami) tapi benarkah itu yang pasangan inginkan... Saya bukan pakar untuk menasihati. Tetapi sebagai seorang wanita, insan bergelar (isteri) selama beberapa hari ini.Cukup-cukup sedih.Sebab, kenapa aku dulu xpernah trfikir kenapa xbersungguh-sungguh dalam mempercantikkan rohani,akhlak, ibadat??? sedih...kerana sia-siakan peluang masa alone utk perkemaskan rohani.....


Tapi aku sedar, Allah itu maha mengetahui..dia kurniakan aku seorang suami bukan sekadar peneman tetapi juga pembimbing... Ahhh. aku malam sebelum akad nikah, masih lagi xrasa apa-apa..berdebar or gelisah..Yang ada cuma sedih,sayu.... sebab macam-macam fikir.Tapi allah maha hebat.dia permudahkan segala urusan(jalan) utk jodoh ini..Dan akhirnya dengan satu kali lafaz ijab dan kabul dengan lancar oleh seorang pemuda aku sah bergelar isteri kepada seorang suami.dan saat itu aku rasa sangat2 tenang, damai..Oh perasaan apakah yang allah kurniakan ini.... dulu aku tertanya-tanya.kenapa semua org akan menangis lepas akd nikah ?tapi aku sebelum lagi...jawapannya.. Bila kamu semua berada dalam situasi itu kamu semua akn faham... Besarnya sebuah tanggungjwb... status bertukar tanpa dirasa..... tapi sebuah peralihan kuasa telah bertukar..aku bukan lg dibawah jagaan ibubapa, tapi dbwh jgaan seorg suami...


Allahuakbar, aku menyesal, kenapa dulu sangat terburu-buru untuk merasai nikmat yg penuh noda,sedangkan apa yang allah bberi jauh lebih indah dan terjaga..subhanallah....... aku bercakap bukan sebab baru merasai sebuah perkahwinan.tapi sebagai seorang insan yang sedang meniti hari dan melangkah dalam setiap perjalanan melalui takdir yang allah tetapkan..:) 



peliharalah hatimu duhai dara dan teruna.. Allah akan bg hadiah yg trbaik jika kita betul2 menjaganya sejak dari awl.... jangan ralit dengan nikmat sementara kerana ia akan memakan segala amalan yg sudah trbina..akhirnya sia-sia.kita menangis hiba,menyesal dengan setiap dosa dan laku.... tetapi allah maha pengampun..,..Mohon lah setiap keampunan..sesungguhnya allah maha mendengar lagi maha pengampun...


p/s: ok2.... break skejapp... belajar utk jd isteri solehah...bertatih...xsalah jika baru belajar cuma jgn malas utk blajar...k

Monday, May 27, 2013

Nice Cakes..;)

salam......

Menghitung hari sambil-sambil cuci mata tengok kek utk majlis nanti...

Now, jom show to beautiful cakes of the year! Ahak....(^^)


bila tengok ni rasa nak makan x?
ehmmmm... cantik sgt hanya sekadar tatapan
makan xmau...!



lagi.....




















p/s: sekadar suka-suki ye,,,, sebab lama sgt xupdate blog so update lah jgk wlupun skadar post ttg kek..ehee

Thursday, April 18, 2013

penyelesai stress

bismillah.....


Assalamualaikum warahmatullah....

:) apa khabar iman masing-masing? makin meningkat atau makin turun..:) 
Ya allah, tingkatkanlah iman kami semua (saya & pembaca blog ini)........insyaallah... Masalah-masalah..Puas kita cuba tepis tapi makin banyak pula masalah yang datang.... Bagaimana mungkin kita lari, tapi masalah itu sentiasa menyelubungi kita... Reaksi kita bila ada masalah : 

1) muka berkerut-kerut
2) masam dan muka xde riak manis ( xsenyum)
3) cakap marah-marah
4) xboleh ditegur
- sentiasa mencari salah orang.
- mudah menangis bila rasa tertekan.
dan macam-macam lagi yang tak mampu ditulis.. ya allah...
Bagaimana semua ini berlaku... Apakah kita xpernah duduk berdoa pada allah untuk menyelesaikan masalah ini...
Sikap orang yang beriman bila hadapi masalah: 
1) sentiasa menangis depan allah
2) bantu selesaikan masalah orang lain( jika diminta) biar pun waktu itu masalah dia pun xmampu slesaikan lagi.Tapi dia yakin , jika dia bantu insan lain kerana mengharap redha allah.Insyaallah, allah akan mempermudahkan dan selesaikan urusan dia
3) sentiasa senyum dan syukur(alhamdulillah) -allah sayangkan aku dgn memberi ujian ini
4) sentiasa memaafkan insan2 yang pernah menyakitinya
5) sentiasa berlapang dada
6) sentiasa jaga lidah dan akhlak( biarpun mampu utk meluah tapi tahan lidah) takut menyakiti insan lain.

allah-allah... kadang-kadang ,kita tahu ,faham dan sedar akan mana yang allah perintah dan apa yang allah larang.kenapa masih memilih jalan yang salah.. kenapa? allahu.. Allah maha mendengar.menangislah di hadapan allah.. Jalan yang ada didepan sekalipun berliku tapi akan mudah jalannya jika hati kita diri jiwa sentiasa serah diri pada allah...
sentiasalah jaga lisan( nasihat pada diri) berfikir sebelum berbicara. Meluah boleh tapi jangan sampai menyakiti... manusia semua lemah.dan hati-hati yang lemah haruslah dikuatkan dengan iman yang kuat. Bagaiman mahu iman itu meningkat, maka senantiasalah bercakap tentang kebesaran allah( apa-apa yang kita cakap sentiasa mengingatkan kita pada allah) allah  dihati, allah baik ,allah yang mampu buat segala sesuatu..allah yg memberi rezeki,allah yang memberi bahagia...mintalah pada allah...



p/s: tulislah jika dengan menulis jiwa mu rasa tenang.. tapi jangan sebab ini dirimu jadi lalai pada allah... allah...


Friday, April 12, 2013

macam-macam produk

salam....

Tadi aku duk klik- klik images via encik google ni dan terpandanglh BERmacam-macam jenis produk.Sebab aku duk surf tentang produk kesihatan. Sepanjang aku hidup ni selama hampir 13tahun dah bermacam-macam produk aku pernah cuba lebih-lebih lagi sejak 3tahun kebelakangan ni.Maksudnya sejak msuk kolej then belaja bergaul dengan masyarakat,perempuan,wanita,gadis dan etc. So, u now wanita ni sangat-sangat suka membicarakan soal kecantikan,kesihatan dalaman dan luaran. Maklumlah nak sentiasa awet muda,segar, menarik,tertawan dan macam-macamlah.Ikutkan dulu aku tak berminat dengan pelbagai jenis produk ni tapi sejak di'jaga' oleh seseorang dulu, aku mula lah jatuh cinta dengan produk kesihatan dan kecantikan ni. Disini aku selitkan beberapa keping gmbar merangkap produk yang aku pernah guna sebelum ni.Tapi skang aku dah berhenti seketika oleh sebab penat sangat dah.Ada jugak produk yang aku dah lupa jenamanya..Adui..penyakit kritikal betulkan...huhu..



1.ni antara produk yang pertama aku guna pada tahun 2010..... Hpa punye...lepas tu beralih kepada?







2. produk kedua seingat aku coco collagen sekitar tahun 2011



3.  seterusnya dalam tahun yang sama aku try yang ni lak...hehehe

dr.azimuth punye..sebab aku gi kat satu pusat kecantikan.. konon nak try wat treatment muka..memang best sgtlah sampai sanggup beli produk ni sekali..huahuahua.



4..seterusnya masuklah tahun 2012... aku dah mula naik badan tahap gorilla... start 2011 lagi badan aku ASALnye  55kg bersamaan tinggi sekitar 156cm... kira stabil la bmi...then tahun 2011 aku naik 15kg lebih...kira-kira berat aku pernah mencecah sampai 73kg...huhu dasat giler.. tapi oleh sebab baka keluarga aku semua jenis rangka kasar nampak macam biasa la tapi muka memanggggggg...sangat22 Comelll gitu,ohuuu...
then aku mencari produk kurus... first jumpa produk ni dulu  


gilosss... sanggup aku beli produk bahaya ni semata-mata nak kurus...sakit wooo..mujur sempat makan sebotol je...aduhhh.pening aku lpas tau produk ni bahaya.. dari aku berat 73kg sempat la turun kpd 68kg...ehem..ada perubahan la gak kan...then xtau nak makan apa dah aku dah pening gila time tu...

then aku tanye encik google kira aku memang kawan baik gak la ngan dia ni ahakk..
aku pun jumpa la supplement utk kulit plus kurus sekali produknya ialah jeng jeng...



...



......







..............










hahhh..amik kau...sekali aku beli satu set produk ni...dari bulan 9/2012 sampailah bulan12/2012... lama gak aku makan tapi sekitar tu aku sempat gak beli produk ni satu tin...







sd11 alpha lipid babe,,hahahaha

okeh...dan sepanjang aku makan shaklee alhamdulillah kulit makin ok la..dan berat aku pun turun dalam 65kg......masih xok dgn bmi kn...aku memang diet gak la...tapi pantang nampak makanan..balun banyak gak..ishhh...dasat2....so...aku pun nak mula gaya hidup sihat la...malas dah makan2 banyak2 ni...Isu naik badan ni terjadi sebab satu putus Cintan...poyoskan... sian badan aku jadi mangsa.... naik mendadakkk..huhu...penat aku nak turun balik...so aku maintain dgn berat 65kg dgn tinggi 157cm..wuh..aku naik tinggi weeeeii...dasat...makan vitamin kah ni..hehe... masa ni umur aku dah 22tahun,taun lepas punye citer beb.. so masuk tahun 2012...berat aku 65kg lg...tak naik dan tak turun..huhu..

Januari 2013.... semua duk sibuk cerita pasal collagen rumpai laut...dan aku pun try lah...kot sedap dapat kurus,cantik kan...aku makan...gulp..rasa dia macam ais krim campur coklat...lazat siot....ohuuu...jahat222...
gurau je...rasa dia...macam payau dan xde rasa...aku makan gak la...tapi best rumpai ni sbb bila buat mask pakai kat muka dan badan memang kulit jadi cantik dan lembut serta smooth gitu...glow22 siapnya...macam poyokan..tappi betul..aku jarang makan tapi aku selalu pakai kat badan...



 dan aku makan jugak jus delima gulsan utk sihat.,sempat habis la dalam 2botol..rasa dia masam-masam manis...best la jgk...
  




Tapi aku berhenti sebab,,,hmm.xde sbb...sebab aku terpikat produk lain lak..ni plak


- Seterusnya pada februari 2013 aku terjumpa satu produk dikenali sebagai jamu kampung..so aku cuba la..aku makan sampai dua botol gak termasuk utk cuci usus katanta..ez cleaner... aku tengok testimoni semua turun 10kg dlm sebulan tapi aku lak..2kg je selama 2bln..tapi lemak2 degil jadi kuranglah...ramai orang tegur aku dah slim,masa feb dan march ni berat aku 63kg... yela...baru aku perasan dah 10kg aku turun berat bermula 2012 ...kiranya dekat setahun lebih jugak la aku turun 10kg dgn berbagai jenama...huhu..penat weee makan ubat ni...





- dan pada 2april 2013 aku berhenti makan jamu dan seterusnya cubalah produk ni plak...dan sampai hari ni tanggal 12/4/13... dari berat aku 63kg turun kpd 60kg...wahh.... kira 10hari turun 3kg... eh betul ke ni??? hehe..betul la...aku memang diet jgk la..tapi aku tak pantang sangat..sekali sekala aku terminum jgak susu, teh, nescafe, soya dan makan nasi gak ngan minum ais...tapi berat trun gak 60kg..kira trbaik gak la... aku pun dgr produk ni ok...xde lg yang pelik2..ni pun kawan aku yang promote..dia beli 10botol utk diorg 3beradik...sorang 3 botol so lebih satu botol dia suh aku join kongsi gak beli..ceh..ingat nak bagi free tadi..ehehehehe... harga sebenar rm70 tapi sebab beli 10btol kan dia bg la less rm40...beli jela...dan baik punye la.. sebiji sehari telan figure up ni...bulan mei nanti aku nak berhenti la makan2 produk slimming ni.. anggaran aku bulan mei paling kurang berat aku 57kg or 55kg..target aku la...moga2 dapat...

tapi kena pantang ni la kalau nak dapat betul2 berat ideal....

-xleh minum kafien
-xleh minum susu
-xleh minum soya


dan seterusnya kena minum air masak banyak2.... dan ikut pantang aku lak...makan nasi 3hari sekali dan jangan makan ais...jgn minum minuman berais..insyaallah turun... malam lepas pukul8 jangan makan nasi or makanan berat,,,minum air masak dgn makan buah ok la...xpun oat...mmg ok..tambah lak ngan makan figure up ni kira ok la kan..JOmmm join aku berdiet.....




 figure up..
ni lah produknya...hehehe


p/s: aku nak latih diri supaya dapat istiqamah dalam segala urusan.. Elakkan membazir dan tetapkan pendirian.. Skang aku nak cari satu produk yang aku dapat amal sepanjang hidup dan baik utk semua mksudnya...kesihatan,kecantikan dan slimming... cadang aku, rasa nak beralih kepada makanan sunnah...madu, habbatusauda, minyak zaitun dan satu lagi aku minyak kelapa dara..aku nak cari la yang paling terbaik...dan fikiran aku skang tertarik ngan minyak zaitun dan minyak kelapa dara...
:)
harap-harap xbeli dah produk yang bukan2 lepas ni...huhu..oh ye sebelum tu.. pada akhir march 2013 aku gi tukur tinggi dan berat.. tinggi aku sekarang ni 158cm..aku macam pelik gak camne leh naik tinggi skang ni padahal aku dah umur 23tahun,.tapi fikir balik xde mustahil bagi allah..okeh.. Cukuplah dgn tinggi ni dan ok sgt bagiku.. skang tinggi aku 158cm dgn berat 61kg..hehe..dah naik 1kg...makan banyak semalam... so target dan turun dalam 5kg lg...insyaallah...:)
k bye.....

Thursday, April 11, 2013

koleksi make up for wedding time....


salam....

hai-hai.... Cik berry sedang dalam mood yang indah ni..:) ahaaa.. so utk mengindahkan lagi mood ni kita jamu-jamu mata dgn suasana pemandangan
 ( perkahwinan) yang cantik-cantik gitu... JOMMM...



















p/s: hehehehe... bestkan jamu mata tengok gambar-gambar kawin...koleksi peribadi... antara design yg cik berry suka,.....;)

Monday, April 1, 2013

Masalah

Bismillah...

Kadang-kadang bila mslh melanda puas kita cuba utk xpeduli tp xmampu jgk... Air mata ni mngalir jgk.. Ya allah... Saya kena kuat.. Allah ada ... Allah maha mendengar lagi maha penyayang....

Besarkan minda kecilkan masalah... Meluah dgn menulis salah satu jalan utk mengawal emosi... Allah tmpat sebenar kita mrngadu dan meluah pelbagai jenis mslh... Ujian hidup itu sudah satu kemestian. Mungkin bagi org lain, masalah kita kecil tapi.bg kita mslh ni ckup besar... Allah mahu melihat siapa yang kita cari ketika dilanda mslh... Manusia yakni makhluknyakah? Facebook, twitter, blog dan sbagainya. Kita cari solusi dlu..minta pertolongan pd allah..bila saat segalanya.selesai, nah disitulh kita blh share jika mahu utk ringankan beban org lain jgk dgn cara paling baik menurut pndangan sy lah....

Ok... See u later my blog..
Wassalam

Friday, March 29, 2013

Akad nikah

Salam...
Oh..sebelum i terlupa, my bff dh berkahwin 28/3/2013.... Alhamdulillah. Barakallah buat puan nurul hasanah a.aziz ats kebahagian dirimu... Setelah sekian lama bertahan, alhamdulillah akhirnya...for coming soon , who can follow u my dear.... Ehee.. Wait n see.. Insyaallah.mudahan allah permudahkan segalanya.. Sy sgt teruja skang..my bff trmsuk my roomate...ahd ni i akan jumpa dia lak bsama2 mneruskan perjuangan utk last sem... What can i do???!.. Hehe.. Mcm poyos giler i menulis skang...crazy statement.... Bye
Wassalam. ;-)

Saturday, March 23, 2013

hai-hai


salam..


Hai, cik strawberi disini.. hohoho.Mood ceria nak tulis kembali setelah blog dulu dah ku delete... kadang-kadang rasa rugi lak nape lah xfikir dulu sblum delete all blog n etc shbung dgnnya.huhu.. Tapi its ok. Insyaallah,dengan kehadiran blog baru ku ini insyaallah terhasilnya nafas baru buatku.Insyaallah, sementelah akan melangkah ke dunia baru mudahan allah permudah segalanya.Amin..

Blog ini sekadar cocet- cocet luahan hati,perkongsian dalam bentuk ilmiah or sebaliknya dan diharap dapat beri manfaat kepada semua...